Wednesday, November 23, 2011

Kenapa Utara tidak ditawan Portugis?

Kisah di sebalik sejarah ..

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.


1509: Portugis menghantar perisik keMelaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah,Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat Dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara,mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalampertempuran selama 6 Hari itu dengan 5 Hang bersudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan berputus asa.
1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah Dan P.Pinang, yang ketikaitu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera disana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.

Seminggu selepas itu..
FEB 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini Cuba disembunyikandalam buku sejarah
Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangatkah mereka itu..? ( dengan nadamarah Dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang!
Perisik 3: Betoi tu tuan. Antaranya:
Hang sihat, hang buat apa, hang apak habar, hang lagu mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang Ada kat sana..
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri, inikan pula nak berhadapan beribu-ribu hang kat situ. 

Lagi….
Lagi…
Hang dok buat apa laei…

Thursday, September 29, 2011

Pengajaran Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir

Pada kali ni.. Ami akan berkongsi satu cerita yang menarik yang boleh dijadikan sebagai teladan untuk sama-sama kita renungi.. Kisah Nabi Musa bertemu Nabi Khidir a.s ini mengajar kita tentang konsep sabar...
ok..Ami tak mau pot-pet-pot-pet dah... Hayati kisah ni...

“Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada (muridnya): “Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun. Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka lupa akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: “Bawalah ke mari makanan kita, sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini.”
Muridnya menjawab: “Tahukah anda tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.”
Musa berkata: “Itulah (tempat) yang kita cari”. Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula.
Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.
Musa berkata kepada Khidhr: “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu.”
Dia menjawab: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu.”
Musa berkata: “Insya Allah kamu akan mendapatkanku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusanpun.”
Dia berkata: “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tetang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.”
Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidhir melobanginya. Musa berkata: “Mengapa kamu melobangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?” Sesungguhnya kamu telah berbuat kesalahan yang besar.”
Dia (Khidhir) berkata: “Bukankah aku telah berkata: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.”
Musa berkata: “Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.”
Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidhir membunuhnya. Musa berkata: “Mengapa kamu bunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar.”
Khidhir berkata: “Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku.”
Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.”
Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidhir menegakkan dinding itu. Musa berkata: “Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu.”
Khidhir berkata: “Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.”
Adapun bahtera itu kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.
Dan adapun anak itu, maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mu’min, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anak itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).”
Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanan itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.” (QS. al-Kahfi: 60-82).

Jadi...Pengajaran dalam cita ni..

1. Sabar- kenapa kita perlu sabar???

2.Etika mencari Ilmu..apa yang anda faham??

3.Pasrah pada perintah Allah.....

Renung2 kan..sekira terdapat sebarang kesilapan teguran anda amat saya hargai..


akhir sekali...apa pendapat anda??? share2 la ilmu...hehehe

Monday, May 30, 2011

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Always give 100% in ur work
Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari  iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang dengan klik disini.

Sunday, May 22, 2011

Warkah Buat sahabat

Im sorry.....
Salam Semua sahabat-sahabat ku...kali ni Ami nak buat special sikit post ni..

"Boleh tuju lagu??" hehee

Sayonara....sayonora...sampai berjumpa lagi...
Sayonara....sayonara....sampai berjumpa lagi...
Buat Apa Susah...Buat Apa Susah...susah itu tiada guna nya...
Buat Apa Susah...BuatApa Susah...susah itu tiada guna nya...

Ingat..ingat itu remember..
jangan lupa itu dont forget...
saya sayang kamu...i love u
hanya lah only your


tu dia lagu sulung dari saya...hahaaa, nak nyanyi segan... tulis je la..snang sket,
Perasaan Ami hari ni bercampur-baur...sedih + happy = Sedipy,hehee

Ami tulis post ni tepat jam 5:02 minit pagi waktu  Sintok..bacalah surat perpisahan dari AmiHero

Firstly..Ami nak ucapkan selamat tinggal kepada sahabat Ami Nor Aqilah Musa...atau lebih mesra dengan
panggilan akak..(sbb dia tua dari sy,hehee)  seorang yang mesra.. always give me support...Maybe pasni kita susah dah nak jumpa... walaupun baru mesra sem ni... tapi tu dah cukup bermakna dan meninggalkan kenangan...Saya tak dapat nak bagi apa kat Akak.. Akak terlalu baik pada saya.... walaupun kadang-kadang saya menyakiti hati akak... tapi itu sekadar gurauan semata-mata... tiada niat untuk menyakiti hati Akak...
Besa lah...Muka Legend Hati kiut...hehee.... sekarang ni Ami kesedihan namun ku tahan jua air mataku demi ke'macho'anku..hahaha... ntah sebab apa...nak kata rapat sangat tu takda lah... tapi...terasa sebak di hati...huhuhu...
(mataku dah start mendung)...akan ku jaga amanahmu untuk jaga adikmu miss X...heheee, jgn risau...saya x benarkan sapa2 cuba menyakiti dia...itu janji saya... "bukan janji, tapi pasti"

Kepada kak sha... juga merangkap akak saya... even kita jarang bercakap..berbual... bkn bermakna saya x suka kat kak sha... Akak seorang yang cool...se'cool' aiskrim mat kool... dan sesedap coolblog, hahahahaa...
Saya minta maaf sekiranya ada menyinggungkan perasaan akak...Akak memang terbaik... segala apa ilmu yang akak curahkan kepada saya, saya dahului jutaaan terima kasih... teruskan perjuangan anda sebagai seorang blogger...(sy x ley coz blog ni sekadar suka-suki)...

Sahabat saya yang Hensem Adik Muaz.... segala jasamu yang dicurahkan selama ini... saya ucapkan terima kasih... Muaz sanggup menghabiskan duit dia pegi isi minyak keta ulang-alik ambik pegi marhaban...
kadang-kadang sampai penang.... jasamu ku kenang selalu, takda sapa yang boleh membalas budi baik...
begitu jugak cerita-cerita yang muaz cerita kat saya... you know, its priceless.. kata orang lagi sharing is caring... bermaksud muaz memang seorang yang caring...heheee, cerita-cerita tu lah yang mengubah saya ke arah menjadi seorang Insan... bukan binatang, hehee.... berubah sikit pun jadi lah...dari tak brubah langsung..
huhuu....then, bulan 6 ni...saya doakan muaz bersama insan tercinta selamat menyarung cincin pertungan..
dan semoga terus sampai ke jinjang pelamin dan lagi semoga muaz dgn si dia kekal sehingga ke akhir hayat...minta maaf banyak coz tak dapat hadir majlis muaz..... dah beli tiket awal... huhuuu....apa2 pun... saya harap muaz x lupakan saya...walaupun sy mendatangkan banyak masalah kaat adik muaz...hahahaa...gud luck for ur future... maybe kita boleh menjadi bisnes partner di masa hadapan... heheee

Adikku...Adik Nurul Atiqah... ehheee, sekarang ni baru Ami ngaku yang Ami ni abg nurul...hahaaa, sebelum ni bajet nak jadi muda je...heheee, Maaf sekiranya selama ini Ami ada menyinggung hati nurul... sekiranya kata-kata yang terkeluar dari mulut Ami ini menyakitkan hati Ami harap Nurul tak ambik ati... heheee, semoga anda terus berjaya melangkah kehadapan...anda mempunyai ciri-ciri seorang wanita yang berjaya...hahaaaa, rugi orang tak nak kat nurul... comey deh...heheee,

Begitu jugak sahabat-sahabat uum Ami yang lain yang bakal meninggalkan UUM...Ami ucapkan ribuan malahan jutaan terima kasih kerana jasa-jasa kalian... dan Ami minta maaf sekiranya tidak bertegur sapa dengan kalian... bukan niat untuk menyombong diri... Ami seorang yang pemalu...pemalu teramat sangat...
so...mayb sebab tu korang tengok Ami ni agak sombong orang nya... dan Ami tak kisah pun sbb tu mmg dah kebiasaan pandangan orang kepada seorang yang pendiam dan pemalu macam Ami...hahaaa, nak buat camna...sabo je la...



Kepada sahabat-sahabat saya yang lain...Abg Zul, Abg PanAdik azmi, Adik Tiqah Nadz,
 Adik Dilla, Adik Surie, Abg Osman...
selamat menjawab exam and gud luck, Pada yang nak balik kampung... Ami doakan keselamatan korang semoga selamat sampai drumah....jangan nakal-nakal...heheee

Fuhhh....ada sapa2 lagi yang Ami tak sebut nama??? heheee

Banyak dah Ami tulis tu... Akhir kata... 
Ami susun sepuluh jari, 
mohon maaf sepenuh hati
Andai ada terasa hati..

P/S: sori bebanyak...flow xda..heheee, 

Sunday, May 15, 2011

Jom Makan...Sluuurp!!!

Jom jalan-jalan cari makan
Waaaa!!!
tajuk entri Ami kali ni memang menyelerakan... huhu
Ami..kalau bab makan no 1...
hidang je kat depan Ami...
tak yah dijemput pun Ami makan.. hihiihi

Okay..
Kali ni ami nak bawak Pembaca-pembaca blog Ami
tengok apa dia makanan yg mesti anda cuba kalau 
singgah ke sarawak...

Kalau korang berkesempatan ke Negeri Sarawak..
jangan lepaskan peluang makan makanan kat Sarawak..
sebab smua makanan yang Ami tunjukkan skejap lagi
tak da kat tanah smenanjung ni..
Agak-agak Merong Mahawangsa pun tak penah rasa..
huhuu

okay tanpa berlengah lagi Ami perkenalkan korang
dengan Makana pertama... My Favourite... hehe

SAGU

haa... ni salah satu makanan favourite Ami... SAGU.. 
Sagu ni dibuat dari Isi pohon sagu atau dalam bahasa melayu orang
panggil pokok Rumbia..

Terdapat 2 jenis sagu yang Ami penah rasa iaitu Sagu Tian dan Sagu Oya..
Nama sagu ni diambil  bersempena tempat asal sagu ni diproses iaitu di kampung Tian dan Oya.
Seperti yang Ami bagitau awal-awal tadi... Sagu dibuat dari pohon rumbia.. tetapi berbeza pulak bagi sagu Oya yg diproses dari pohon kelapa sawit...rasa sagu oya lagi UMMPPHH dari sagu tian.. hehee
Orang melanau cakap "DAO NYAM"

Macam ni la rupa Sagu Tian...
sagu ni dikatakan mempunyai kandungan karbohidrat yg tinggi... so sangat bagus untuk kesihatan, hehee..
tetapi sumber gizi lain nya sangat rendah...
Tengah2 korang layan citer tv3.. korang boleh la lepak2 sambil makan sagu ni, heheee..
Biasa mak Ami makan dgn Udang kering, n ikan bakar...
Kalau Ami pulak... Ami suka makan dengan buah pisang, pastu Ami gomol2 pisang tu ngan sagu ni.. hehehe, 


TABALOI

Satu lagi makanan sarawak yang korang mesti cuba... bila2 masa korang berkesempatan ke sarawak korang jangan lepaskan peluang beli  tabaloi ni... rasanya sangat sedap, diperbuat daripada sagu yg korang tenggok kat atas tu tadi.. hehe

Tabaloi ni telah pun dikomersialkan di sarawak... tak tau la kan dah sampai tanah semenanjung ni ke 
belum..sebab tak penah jumpa lagi..terdapat dalam pelbagai variasi warna...



Tabaloi Sarawak yang telah dikomersialkan
Terdapat dua jenis tabaloi iaitu tabalou yang dibuat secara Tradisional(guna dapur kayu) dan Secara Moden(oven)... Kalau korang nak rasa tabaloi yang sedap saya galakkan korang beli yang dibuat secara tradisional.. sebab rasa original tabaloi ni hilang kalau dibuat cara moden.
jadi tak brapa nak sedap.. hehe
cara makan... Makan macam makan biskut... simple..

BUAH TEBULUS

Buah tebulus atau dikenali juga sebagai buah engkalak adalah salah satu daripada buah yang korang perlu rasa kalau berpeluang... sebab buah engkalak ni merupakan buah yang bermusim.. Rasanya yang lemak berkrim disukai ramai pasti membuat korang tak senang duduk...huhu...
 walaupun, dari segi luaran buah ni nampak macam tak sedap..
Korang kena rasa dulu baru nilai... kang ada yang trus lekat kat srawak... hehee

Buah engkalak atau buah tebulus ni buah bermusim.. so jarang2 baru blh rasa buah ni..

BUAH DABAI

Kali ni ami nak perkenalkan korang dengan satu lagi buah yang sangat popular di kalangan

masyarakat sarawak ialah buah dabai...
tengok gambar kat bawah ni... 

dabai..dabai...!!!

Macam mana?? berselera tak nak makan??? hehee... Walaupun buah ni kaler dia hitam tapi kalau 
dah makan... perrghh... boleh tahan sedap...
nak makan buah ni bukan boleh makan mentah-mentah...
kena rendam dalam air suam yang tak brapa panas n tak brapa sejuk..
tujuannya adalah nak bagi rasa buah ni lembut skit.. so, snang nak kunyah...
Buah tebulus pun guna kaedah yang sama nak sediakan..
Biasanya.. buah dabai ni orang kpg ami gaulkan dgn garam bagi rasa dia masin sket... hehee.

KEK LAPIS SARAWAK

Nyum..nyum...sebut ja kek lapis sarawak korang mesti penah dengar kan??
hehehe.. 

Tapi..penah ke korang rasa?? 
kek lapis sarawak ni terkenal kerana proses nak buat kek lapis ni yang sangat lama..
maklum la... nak siapkan satu lapis demi satu lapis ni bukan senang... 
nak kena alert sepanjang masa...
Sebab tu tak heran kalau kek ni dijual dengan harga yang
sangat mahal...

Kek Cawan Coklat..

UMAI

Haa... ni satu lagi makanan sarawak... tapi yang ni Ami x dapat nak komen..
coz Ami sebagai orang sarawak pun tak penah makan lagi.. mungkin suatu hari Ami akan try makan mcm mana rasanya..ehhehe
Umai ni boleh kata satu makanan yang tidak memerlukan korang nak masak..
campur bahan itu sikit...bahan ni sikit then  siap...
Umai ni juga boleh dikenali sebagai sushi sarawak coz ia diperbuat dari 
ikan mentah... ala.. mcm org jepun buat sushi.hehehe..
tapi ni versi sarawak...ada kelainan sikit dalam proses penyediaan umai ni..
umai Ikan

ULAT MULONG

heheehe.... ni makanan last yang Ami nak tunjuk kat korang, huhuu
Ulat Mulong atau orang melanau panggil sebagai SIET... cara nak sebutnya  C..EARTH
Siet ni merupakan salah satu dari makan eksotik orang sarawak..hahaha
Ami tak penah lagi makan ulat ni... ulat ni diorang dapat dari dalam pokok balau..
tengok gambar ni...cute kan...hehe

ala tomey-tomey..hehe

Kalau korang rasa nak makan binatang ni...dipersilakan, heheheee...
Cuma Ami tak galakkan coz ada mengatakan hukum  makan ulat ni haram.. coz ulat ni binatang 2 alam..
dia boleh hidup dalam air dan darat...ada gak yang kata boleh..
tak tau mana satu betul... tp kalau dah was-was baik tinggalkan je..

ulat mulong panggang

 Ami tak sanggup nak makan n tak akan makan...geli kot... huhuhuu.... Ami penah bertanya dgn
kawan-kawan Ami yang penah makan ulat ni... komen diorang, rasa ulat ni lebih kurang mcm udang goreng.. heheheee( bagi siet yang digoreng). cuba korang bayangkan...

cara nak makan ulat ni ada mcm2 cara... korang boleh makan mentah-mentah, goreng ataupun panggang..
Mungkin pasni korang berhajat nak bukak restoran
nak buat resepi korang sendiri
korang buat la..
resepi siet masak kicap ke...ataupun masak 3 rasa ke...
tak pun masak ala thai..huhuhu...
Pasti ramai yang datang gerai korang...

Okay...sekian saja entri Ami kali ni... jgn segan2 nak komen...hehee

Salam.........


Monday, May 9, 2011

Lecek Masalah, Sekat ketakutan dan Jaringkan Gol..

Allo smua... mcm mana ari ni??
okay ke ko.. huhu, Kepada rakan saya yang berjuang ngan exam tu selamat berjuang.. ingat lh orang tersayang.. heheee, 

Emp...Ami nak citer pasal pa ek ari ni???, Kata miss x kepada ku...haha...

Ami pun mula la perah otak Ami ni nak dapat Idea..idea x kuar2 gak, ish... rasa nak hentak je kepala Ami ni kat dinding, tp sy teringat plak kat korang..Ami tau korang syg kat Ami, hahaa.... so Ami batalkan niat Ami tu.. kih..kih..kih...

Idea..ooo...idea..Asal ko x nak  kluar?? mentang-mentang la Chelsea kalah semalam, hehee... 

Yes..dah dapat dah...

Apa kata ari ni kita cita Pasal Bola...huhu,

Xpe la kan...maklum la sedih sangat chelsea kalah semalam... hehee

TAPI....

sebelum tu ami nak bgtau... Ami bukan nak cita pasal pa Chelsea kalah semalam?? hehee

sebab korang dah sedia maklum betapa kuatnya team Chelsea ni berbanding MU...

Ami pun tak kan cita pasal pa...Torres susah sangat nak skor... huhu...dia saja ja tu... malu2 nak skor...

Ami pun xkan cita pasal pa Barca skarang ni kuat nak mampus... heheee, Mayb dia pakai tangkal mcm si Taji pakai dlm cita Merong Mahawangsa tu... hahahaaa

Apa yg ami cuba sampaikan ari ni ialah...jeng..jeng...jeng...

Macam mana nak apply Bola sepak dlm hidup kita ni??? hehee...

So tanya diri korang...mcm mana korang nak apply bola sepak kat dalam diri korang???

Adakah cukup sekadar... makan bola, minum bola...tido bola... heheee

Ish...mencarut plak si Ami ni...

Okay...okay... korang ni x sabar la... orang kata klu nak dapat sesuatu perlu la SABAR...huhu..


Bola + kehidupan = Bola Kehidupan..


Simple kan Formula matematik tu...kan..kan...

Walaupun saya ni Nak sepak bola pun x reti...( tringat sy masa family day sampai kasut terbang) hehee...
 tp sy paling minat pasal bola...hehee



sebab korang bley belajar sesuatu dari bola... 

Ada la kan suatu ketika dulu tengah sy belek-belek buku... Ada la satu quote ni, Sangat menarik...
smpi sekarang pun sy ingat g...ce korang baca...


"Kehidupan Umpama Bola Sepak, Anda perlu mengelecek masalah, sekat ketakutan dan jaringkan Gol apabila ada peluang"




First...Lecek Masalah..

Setiap daripada kita mesti ada mslh...kita x dapat nak lari dr masalah...
sebab tu kita jgn lari dari masalah...
kita hadapi masalah...

Kita lecek masalah tu...
 kita cari jalan macam mana kita nak lecek masalah, kita guna kan segal skill yang kita ada...
kalau kita lecek pastu kita kena tackle...
maksudnya...gelecekakan kita tu x sesuai nak hadapai masalah mcm tu..
try plak guna skill kita yang lain...
Dalam padang kita ada masa 90 minit utk fikir mcm mana nak mnang...
mcm mana nak tewaskan lawan..
Tapi...kadang2, skill kita tu mmg x bkesan dgn lawan kita tu iaitu encik masalah..
Kita try plak tanya encik pengurus... mcm mana nak hadapi lawan mcm ni?? hehee

So..jgn la kita lari dari masalah...Sebab tuhan x suka org mcm tu... 
Kita perlu siapkan diri kita sebaik mungkin...

Suatu masalah tak kan dpt setle klu kita lari...Betul x??

"Sesungguh nya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan Mereka sendiri yg mengubahnya.."

JANGAN PERNAH LARI DARI MASALAH

Then..pergh, speking kot...hahaaa,

sekat ketakutan kita... Sesungguhnya, orang yang beriman tidak takut pada sesuatu melainkan
kepada Penciptanya...

Yang ni...x tau nak explain mcm mana... tp korang kena la usaha, hilangkan rasa takut dalam diri, 
nak hadapi sesuatu...kita kena lalu dulu...baru tau... betul x?? huhu

Korang takut ngan Hantu... 
tapi..haraaaaaam.... muka hantu pun korang x pnah nak tngk...
mcm mana gaya nya tu.. huhu...
Mana ada antu kat dunia ni... hehee, 
Yang ada hanya lh makhluk ghaib yg kita sedia maklum..

Mr. Satan... hahaa, Bkn Mr Satan dlm citer dragon ball tu...
tu katun...ni lain, hehee..
Klu korang perasan katun dragon ball tu..

Betul...betul...serupa ngan Perangai En Setan yg kita knal...
ok ami bgtau satu2 ciri Mr Satan ni...

Bongkak dan sombong..
Pembohong.. dia ni pandai belakon je..
sebearnya dia ni penakut... huhu,
Sapa x knal pasti ada yg ikut cara dia.. terpedaya ngan Mr satan ni.. hehee
So...jgn takut pada Mr Satan dlm hidup kita ni... sbb dia pun pengecut...

Yang ketiga...Skor gol...

Yang ni...ami x yah explain pun xpa... korang smua kompem faham.. hehee, 
Dalam kehidupan kita... klu kita nampak peluang kat sesuatu perkara kita kena try skor gol(matlamat) kita..
Sebab apa kita kena skor gol??
sebab ada peluang... ada peluang kita grab, 

kalau kita sia-sia kan peluang kita tu... kita akan rugi, kita terpaksa tunggu.. peluang seterusnya...
Kenapa nak skor kemudian klu bley.. skor skarang..hehe
Jangan tangguh.. Just shoot...
yang buat kita x nak shoot sbb kita xda konfiden.. tu ja...
hahaa...
Tapi mcm mana plak ngan diorang yg dah try shoot... tp x gol, huhu
itu lah..kehidupan..
Kadang2 sesuatu yang kita nak kita x akan dapat.. dan sesuatu yg kita x bkehendak, selamber ja datang..

Klu gagal skor.. try lagi...
Orang kata berani gagal... dare to fail...
sebab kegagalan mengajar kita... 
apa yg kita x perlu buat pada masa depan..

kadang-kadang... 
masa kita nak shoot tu kita silap...
kita trlupa guna teknik yg betul.. huhu...


So..korang dah nampak kan... baca, apply dan dapat hasilnya.. hehee

Sebelum Ami cau.. Ami nak letak sket firman Allah kat sini..

“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya” (Surah Al Baqarah ayat 286)
P/S: Artikel ini ditulis tanpa guna skrip... tajuk pun ditulis lepas Ami abis tulis artikel ni.. hehee
tadi xda idea... tp..tiba-tiba plak... idea mencurah-curah.. hahaa.

Sunday, May 8, 2011

At last...Im done it..




Fuuuh....at last, berjaya gak Ami Hero buat blog, huhu...

Nak jadikan kisah...sebelum ni, Ami penah gak buat blog... Ada g skang ni klu nak baca,huuuhu.. Tapi segan la nak bagi korang baca... ye la... dlm tu ami dok mengarut mcm2, heheee..

Hajat ami memang nak popularkan blog ami tu.. tp tidak kesampaian bila Pak cik google marah kat ami.. dia terus humban blog ami smpi xda kat search engine, heheee...

letih kot buat blog sampai first page... tapi ikut sukati mak tiri dia je nak ban blog aku..

heehe..

Mungkin disebabkan cara ami yg agak extream nak dapatkan trafik menyebabkan pak cik google marah kat ami...

tapi tak pa...ari yang penuh bersejarah ni... amie dah start menulis balik.. tp guna blog lain ler..

Untuk post ami yg pertama ni... ami tak da nak cakap apa... saja nak bmesra-mesra ngan aunti blogger ni...

maklum la...lama x sentuh, sampai dah besawang dah...hehee...

ok...setakat tu je kot... see u ol next post... hahaaaa.... zassss

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...