Sunday, May 15, 2011

Jom Makan...Sluuurp!!!

Jom jalan-jalan cari makan
Waaaa!!!
tajuk entri Ami kali ni memang menyelerakan... huhu
Ami..kalau bab makan no 1...
hidang je kat depan Ami...
tak yah dijemput pun Ami makan.. hihiihi

Okay..
Kali ni ami nak bawak Pembaca-pembaca blog Ami
tengok apa dia makanan yg mesti anda cuba kalau 
singgah ke sarawak...

Kalau korang berkesempatan ke Negeri Sarawak..
jangan lepaskan peluang makan makanan kat Sarawak..
sebab smua makanan yang Ami tunjukkan skejap lagi
tak da kat tanah smenanjung ni..
Agak-agak Merong Mahawangsa pun tak penah rasa..
huhuu

okay tanpa berlengah lagi Ami perkenalkan korang
dengan Makana pertama... My Favourite... hehe

SAGU

haa... ni salah satu makanan favourite Ami... SAGU.. 
Sagu ni dibuat dari Isi pohon sagu atau dalam bahasa melayu orang
panggil pokok Rumbia..

Terdapat 2 jenis sagu yang Ami penah rasa iaitu Sagu Tian dan Sagu Oya..
Nama sagu ni diambil  bersempena tempat asal sagu ni diproses iaitu di kampung Tian dan Oya.
Seperti yang Ami bagitau awal-awal tadi... Sagu dibuat dari pohon rumbia.. tetapi berbeza pulak bagi sagu Oya yg diproses dari pohon kelapa sawit...rasa sagu oya lagi UMMPPHH dari sagu tian.. hehee
Orang melanau cakap "DAO NYAM"

Macam ni la rupa Sagu Tian...
sagu ni dikatakan mempunyai kandungan karbohidrat yg tinggi... so sangat bagus untuk kesihatan, hehee..
tetapi sumber gizi lain nya sangat rendah...
Tengah2 korang layan citer tv3.. korang boleh la lepak2 sambil makan sagu ni, heheee..
Biasa mak Ami makan dgn Udang kering, n ikan bakar...
Kalau Ami pulak... Ami suka makan dengan buah pisang, pastu Ami gomol2 pisang tu ngan sagu ni.. hehehe, 


TABALOI

Satu lagi makanan sarawak yang korang mesti cuba... bila2 masa korang berkesempatan ke sarawak korang jangan lepaskan peluang beli  tabaloi ni... rasanya sangat sedap, diperbuat daripada sagu yg korang tenggok kat atas tu tadi.. hehe

Tabaloi ni telah pun dikomersialkan di sarawak... tak tau la kan dah sampai tanah semenanjung ni ke 
belum..sebab tak penah jumpa lagi..terdapat dalam pelbagai variasi warna...



Tabaloi Sarawak yang telah dikomersialkan
Terdapat dua jenis tabaloi iaitu tabalou yang dibuat secara Tradisional(guna dapur kayu) dan Secara Moden(oven)... Kalau korang nak rasa tabaloi yang sedap saya galakkan korang beli yang dibuat secara tradisional.. sebab rasa original tabaloi ni hilang kalau dibuat cara moden.
jadi tak brapa nak sedap.. hehe
cara makan... Makan macam makan biskut... simple..

BUAH TEBULUS

Buah tebulus atau dikenali juga sebagai buah engkalak adalah salah satu daripada buah yang korang perlu rasa kalau berpeluang... sebab buah engkalak ni merupakan buah yang bermusim.. Rasanya yang lemak berkrim disukai ramai pasti membuat korang tak senang duduk...huhu...
 walaupun, dari segi luaran buah ni nampak macam tak sedap..
Korang kena rasa dulu baru nilai... kang ada yang trus lekat kat srawak... hehee

Buah engkalak atau buah tebulus ni buah bermusim.. so jarang2 baru blh rasa buah ni..

BUAH DABAI

Kali ni ami nak perkenalkan korang dengan satu lagi buah yang sangat popular di kalangan

masyarakat sarawak ialah buah dabai...
tengok gambar kat bawah ni... 

dabai..dabai...!!!

Macam mana?? berselera tak nak makan??? hehee... Walaupun buah ni kaler dia hitam tapi kalau 
dah makan... perrghh... boleh tahan sedap...
nak makan buah ni bukan boleh makan mentah-mentah...
kena rendam dalam air suam yang tak brapa panas n tak brapa sejuk..
tujuannya adalah nak bagi rasa buah ni lembut skit.. so, snang nak kunyah...
Buah tebulus pun guna kaedah yang sama nak sediakan..
Biasanya.. buah dabai ni orang kpg ami gaulkan dgn garam bagi rasa dia masin sket... hehee.

KEK LAPIS SARAWAK

Nyum..nyum...sebut ja kek lapis sarawak korang mesti penah dengar kan??
hehehe.. 

Tapi..penah ke korang rasa?? 
kek lapis sarawak ni terkenal kerana proses nak buat kek lapis ni yang sangat lama..
maklum la... nak siapkan satu lapis demi satu lapis ni bukan senang... 
nak kena alert sepanjang masa...
Sebab tu tak heran kalau kek ni dijual dengan harga yang
sangat mahal...

Kek Cawan Coklat..

UMAI

Haa... ni satu lagi makanan sarawak... tapi yang ni Ami x dapat nak komen..
coz Ami sebagai orang sarawak pun tak penah makan lagi.. mungkin suatu hari Ami akan try makan mcm mana rasanya..ehhehe
Umai ni boleh kata satu makanan yang tidak memerlukan korang nak masak..
campur bahan itu sikit...bahan ni sikit then  siap...
Umai ni juga boleh dikenali sebagai sushi sarawak coz ia diperbuat dari 
ikan mentah... ala.. mcm org jepun buat sushi.hehehe..
tapi ni versi sarawak...ada kelainan sikit dalam proses penyediaan umai ni..
umai Ikan

ULAT MULONG

heheehe.... ni makanan last yang Ami nak tunjuk kat korang, huhuu
Ulat Mulong atau orang melanau panggil sebagai SIET... cara nak sebutnya  C..EARTH
Siet ni merupakan salah satu dari makan eksotik orang sarawak..hahaha
Ami tak penah lagi makan ulat ni... ulat ni diorang dapat dari dalam pokok balau..
tengok gambar ni...cute kan...hehe

ala tomey-tomey..hehe

Kalau korang rasa nak makan binatang ni...dipersilakan, heheheee...
Cuma Ami tak galakkan coz ada mengatakan hukum  makan ulat ni haram.. coz ulat ni binatang 2 alam..
dia boleh hidup dalam air dan darat...ada gak yang kata boleh..
tak tau mana satu betul... tp kalau dah was-was baik tinggalkan je..

ulat mulong panggang

 Ami tak sanggup nak makan n tak akan makan...geli kot... huhuhuu.... Ami penah bertanya dgn
kawan-kawan Ami yang penah makan ulat ni... komen diorang, rasa ulat ni lebih kurang mcm udang goreng.. heheheee( bagi siet yang digoreng). cuba korang bayangkan...

cara nak makan ulat ni ada mcm2 cara... korang boleh makan mentah-mentah, goreng ataupun panggang..
Mungkin pasni korang berhajat nak bukak restoran
nak buat resepi korang sendiri
korang buat la..
resepi siet masak kicap ke...ataupun masak 3 rasa ke...
tak pun masak ala thai..huhuhu...
Pasti ramai yang datang gerai korang...

Okay...sekian saja entri Ami kali ni... jgn segan2 nak komen...hehee

Salam.........


2 comments:

  1. wau...aku leh je nk try...
    tp aku xkn try ulat tu...geli2....
    sem dpn bawak la dtg uum sume mknan ni..

    ReplyDelete
  2. Wah, banyak yg 1st time kak sha dengar. terutamanya buah2 tu.

    ulat? erk, tak nak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...